Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Mesej Thierry Henry sebelum sepak mula bantu Arsenal hapuskan badi West Ham

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

saka.jpg
ARSENAL 2 WEST HAM 0 

Bukayo Saka mendedahkan mesej yang diterima daripada ikon Arsenal, Thierry Henry, menjelang penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL) ke-200, awal pagi tadi, menyemarakkan lagi semangatnya sejak sembuh daripada kecederaan. 


Declan Rice dan Saka merobek gawang pelawat ketika The Gunners selesa menewaskan West Ham 2-0 di tempat sendiri untuk mendahului satu mata di puncak liga. 

Dan Saka kembali daripada kecederaan sejak dua minggu lalu dan menemui jaringan kedua musim ini ketika berdepan seteru London itu. 

Saka mencipta sejarah menerusi sepakan penaltinya pada minit ke-67 untuk muncul sebagai bintang kedua dalam sejarah The Gunners selepas legenda kelab, Henry, yang merakamkan gol dalam penampilan ke-200 EPL. 

Terdahulu, Declan Rice menyumbangkan gol pembukaan pada minit ke-38.

Bercakap kepada Sky Sports selepas perlawanan, Saka berkata: "Thierry menghantar mesej kepada saya pagi ini untuk mengingatkan saya bahawa kami telah tewas kepada West Ham di laman sendiri dalam dua pertemuan terakhir.

"Dia sentiasa mendorong saya. Saya sangat gembira kerana memahat nama di samping rekodnya."





"Ia menunjukkan kemajuan yang telah kami capai"

Mengenai prestasi Arsenal itu, Saka menambah: "Ia menunjukkan kemajuan yang telah kami capai. Dua musim terakhir kami tergelincir di tempat sendiri ketika menghadapi West Ham dan kami mahu memperbetulkannya hari ini. 

"Kami sedar kualiti yang kami ada di bahagian serangan jadi jika kami tidak dibolosi maka kami berkemungkinan besar berpeluang memenangi perlawanan ini."
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video