Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Matheus Cunha semakin hampir ke Manchester United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cunn.jpg
Juara Liga Perdana Inggeris sebanyak 20 kali, Manchester United, berasa yakin mampu mengikat penyerang Wolverhampton Wanderers iaitu Matheus Cunha pada penghujung musim panas ini.

United giat meneruskan usaha untuk mendapatkan pemain kelahiran Brazil itu yang mempunyai klausa pelepasan dengan nilai sekitar £62.5 juta (RM200 juta).

Meskipun sedang sibuk melakukan persiapan untuk menentang Tottenham Hotspur dalam perlawanan akhir Liga Europa (UEL) yang akan berlangsung awal pagi ini.


 


Malah, sumber kelab itu juga memaklumkan bahawa perbincangan mendapatkan Matheus Cunha sememangnya semakin hampir selesai.

The Red Devils bersedia untuk mengeluarkan perbelanjaan mengikut perjanjian yang dipersetujui, malah pemain berusia 25 tahun itu juga tidak sabar untuk berpindah ke Old Trafford.

Pengendali United, Ruben Amorim, berhasrat untuk mendapatkan khdimat bekas pemain Atletico Madrid itu yang dirasakan sesuai memenuhi peranan nombor '10' dalam formasi 3-4-3 yang digunakannya nanti.
 

Advertisement

Must Watch Video