Jean-Philippe Mateta berasakan Crystal Palace layak menang 2-0 ke atas Manchester United dan gembira dapat meneruskan prestasi cemerlangnya dengan dua gol di Old Trafford malam tadi.
Penyerang Perancis itu menjaringkan gol pertama pada minit ke-64 selepas tundukan Maxenca Lacroix terkena palang, sebelum melengkapkan serangan balas pantas seminit sebelum perlawanan tamat.
Sejak Oliver Glasner mengambil alih pasukan itu pada Februari 2024, Mateta telah menjaringkan 23 gol dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), hanya ketinggalan di belakang Erling Haaland, Alexander Isak, Cole Palmer dan Mohamed Salah daripada segi jumlah jaringan gol
"Saya rasa luar biasa! Kami bekerja keras dan layak menang.
"Kami ikut perancangan, mendengar arahan jurulatih dan mendapat ganjaran," kata Mateta.
Crystal Palave mencatat kemenangan keempat dalam enam kunjungan terakhir ke Old Trafford, sekali gus meraih kemenangan berturut-turut di sana buat kali kedua dalam sejarah EPL.
Palace bertahan dengan baik sebelum manfatkan peluang dalam separuh masa kedua dan Glasner memuji Mateta.
"Dia luar biasa di dalam kotak penalti.
"Sebagai penyerang, anda perlu berkorban dengan banyak larian tanpa bola, dan akhirnya dia mendapat ganjaran.
"Kami menikmati kemenangan besar ini.
"Pasukan bertahan dengan baik dan terus percaya walaupun menghadapi kesukaran," katanya.

Advertisement
Jadual
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
10:00 PM
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Selasa, 09 Dis
04:00 AM