Pengurus Chelsea, Enzo Maresca, telah membalas kritikan Wayne Rooney yang menyentuh dasar penggiliran pemainnya.
Maresca membuat tujuh pertukaran -- daripada kesebelasan yang menewaskan Tottenham 1-0 hujung minggu lalu -- ketika menghadapi Qarabag dalam perlawanan Liga Juara-Juara (UCL) di Azerbaijan, di pertengahan minggu.
The Blues bergelut akibat daripadanya dan ketinggalan 1-2 pada waktu rehat sebelum tiga pemain gantian membantu Chelsea kembali ke London dengan satu mata selepas seri 2-2.
Justeru, Rooney mempersoalkan pendekatan Maresca yang dipercayainya telah menghalang kemajuan kelab London itu.
"Saya sudah katakan selepas pertemuan dengan Qarabag itu bahawa sejak saya menyertai kelab ini, memang saya berhajat melakukan penggiliran pemain dan tiada siapa yang merungut. Tapi sebaik sahaja kami tidak memenangi perlawanan, tiada siapa yang bersetuju.
"Saya fikir ia hanya melibatkan Andrey Santos, Jorrel Hato dan Estevao -- pemain antarabangsa Brazil jadi ia bukan penggiliran pemain.
"Mereka bagus, berbakat, muda dan sudah tentu apabila mereka masih mentah, anda perlu memberi mereka peluang untuk membuat beberapa kesilapan agar dapat menjadi lebih baik.
"Perkara yang sama saya fikir berlaku pada masa lalu ke atas Josh Acheampong.
"Tetapi saya faham bahawa apabila anda tidak memenangi perlawanan, penggiliran pemain dianggap sebagai puncanya dan semua perkara menjadi berbeza."
Grab Cepat

Back home for the visit of Wolves. ? pic.twitter.com/DnyDucstnj
— Chelsea FC (@ChelseaFC) November 7, 2025
"Mereka bagus, berbakat, muda dan sudah tentu apabila mereka masih mentah, anda perlu memberi mereka peluang untuk membuat beberapa kesilapan agar dapat menjadi lebih baik.
"Perkara yang sama saya fikir berlaku pada masa lalu ke atas Josh Acheampong.
"Tetapi saya faham bahawa apabila anda tidak memenangi perlawanan, penggiliran pemain dianggap sebagai puncanya dan semua perkara menjadi berbeza."
PUMA SALE: Up to 50% Off
Dapatkan kasut, pakaian, dan aksesori Puma kegemaran korang dengan diskaun hebat 11.11 ini. Jangan tunggu lama — stok terhad!
Grab Cepat