Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

EPL: Maresca ganti Pochettino di Chelsea

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

enzo-maresca.jpg
Chelsea malam tadi mengumumkan pelantikan Enzo Maresca sebagai pengurus baru pasukan itu.

Bekas pengendali Leicester City itu memeterai kontrak lima tahun dengan pilihan untuk melanjutkan tempoh itu setahun lagi.

Maresca menggantikan tempat Mauricio Pochettino, yang meninggalkan Chelsea secara persetujuan bersama bulan lalu selepas hanya setahun mengemudi The Blues.

Pengurus berbangsa Itali itu berhasil membawa Leicester City kembli ke Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam percubaan pertamanya, di mana The Foxes menamatkan musim 2023-24 selaku juara Liga Kejuaraan dengan 98 mata.
 
 

Advertisement

Must Watch Video