Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Manchester United umum ketibaan dua bintang dari Bayern Munich

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

de-light-mazraoui.jpg
Manchester United hari ini mengumumkan ketibaan dua bintang Bayern Munich, Matthijs de Ligt dan Noussair Mazraoui, dalam perpindahan yang hampir mencecah £60 juta (RM343.97 juta).

De Ligt menandatangani kontrak lima tahun manakala Mazraoui pula empat tahun, di mana kedua-duanya memiliki pilihan untuk melanjutkannya setahun lagi.

Mazraoui berpotensi untuk melakukan penampilan segera di posisi sayap kiri selepas Luke Shaw disahkan mengalami kecederaan menjelang aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Fulham awal pagi Sabtu ini.

United bersetuju untuk mengeluarkan perbelanjaan £38.5 juta (RM220.71 juta) dengan bayaran tambahan £4.3m (RM24.65 juta) untuk mendapatkan pemain pertahanan tengah berusia 25 tahun, De Ligt, yang merupakan kapten pasukan Ajax sewaktu dibimbing Erik ten Hag ketika mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada 2019.

Mazraoui juga pernah berkhidmat di bawah bimbingan Ten Hag sewaktu di Ajax.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video