Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Manchester United tandatangan penyerang kebangsaan Belanda

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zirkzee.jpg
Manchester United melengkapkan proses menandatangani penyerang kebangsaan Belanda, Joshua Zirkzee, dari Bologna dengan tanda harga £35 juta (RM212.3 juta).

Pemain itu, yang merupakan sebahagian membantu Belanda layak ke separuh akhir Euro 2024 baru-barui ini, mengikat kontrak lima tahun di Old Trafford dengan pilihan lanjutan setahun lagi.

Zirzee merupakan pemain utama yang dibawa masuk United dalam jendela perpindahan kali ini, di mana Erik ten Hag sedang berusaha untuk membangkitkan The Red devils selepas kempen mengecewakan dengan menamatkan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu di tangga kelapan.

Pemain berusia 23 tahun itu menjaringkan 11 gol dalam Serie A musim lalu, di mana Bologna laya ke Liga Juara-Juara Eropah buat kali pertama sepanjang sejarah mereka.

United dilaporkan turut berminat untuk membawa rakan senegara Zirkzee, Matthijs de Ligt, di mana pertahanan itu dikhabarkan sudah bersedia untuk meninggalkan Bayern Munich.

Everton, dalam pada itu, telah menolak dua tawaran United untuk mendapat pertahanan tengah, Jarrad Branthwaite.
 

Advertisement

Must Watch Video