EPL: Manchester United rencatkan usaha Liverpool untuk cabar gelaran juara liga
Saufi Tahir
April 8, 2024 08:09 MYT
April 8, 2024 08:09 MYT
Manchester United menjejaskan harapan Liverpool dalam misi mereka untuk mencabar gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas sepakan penalti lewat Mohamed Salah sekadar menyelamatkan maruah The Reds dengan keputusan seri 2-2 dalam lawatan mereka ke Stadium Old Trafford, semalam.
Tiga minggu selepas anak buah Erik Ten Hag mendahului pasukan itu dalam saingan Piala FA dalam penghujung masa tambahan sebelum ini, saingan diantara seteru utama itu disambung semalam dengan perlawanan yang penuh huru-hara.
Luis Diaz meletakkan Liverpool sebagai pendahulu dengan jaringan pada minit ke 23 apabila pasukan itu jelas mendominasi perlawanan dalam separuh masa pertama sebelum Bruno Fernandes dan Kobbie Mainoo menjaringkan gol pada awal separuh masa kedua untuk menghidupkan perlawanan kembali.
⚖️ It finishes level at Old Trafford. #MUFC || #MUNLIV
— Manchester United (@ManUtd) April 7, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, Salah berjaya menyamakan kedudukan kembali pada lewat permainan selepas Aaron Wan-Bissaka menjatuhkan Harvey Elliot yang membawa kepada sepakan penalti.
Keputusan seri itu tidak mencukupi untuk meletakkan skuad The Kop menduduki tangga teratas liga dan hanya meletakkan mereka setaraf dengan pendahulu liga, Arsenal, dengan masing-masing berkongsi 71 mata dengan Liverpool berada di kedudukan kedua.
Dengan perlawanan liga yang masih berbaki tujuh perlawanan lagi semestinya bakal membuka peluang mereka dalam perebutan tiga penjuru diantara Liverpool, Arsenal dan Manchester City untuk merebut gelaran juara liga.