Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Manchester United kikis budaya toksik -- Luke Shaw

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shaw.jpg
Pertahanan Manchester United, Luke Shaw, menyokong pendirian tegas pengurus, Ruben Amorim, dalam membetulkan budaya kelab yang sebelum ini digambarkan sebagai "toksik" dan "tidak sihat".

Sebagai tindak balas kepada kehambaran musim lalu, Amorim komited untuk meningkatkan standard di bilik persalinan biarpun dipulaukan beberapa pemain, manakala Marcus Rashford telah pun berlepas ke Barcelona dan Alejandro Garnacho turut dalam senarai perpindahan.

"Tidak sukar untuk melihat dari luar bagaimana keadaannya," kata pemain berusia 30 tahun itu.

"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini ia kedengaran sangat negatif.

"Ia boleh menjadi agak toksik, keadaan sekeliling sama sekali tidak sihat. Kami memerlukan persekitaran yang sihat, yang positif, yang mempunyai tenaga dan kebahagiaan yang baik. Apabila anda mempunyai semua perkara itu, anda dapat rasakan kebebasan, dan lebih banyak anda dapat mengekspresikan diri anda.

Berbicara mengenai pengurus kelahiran Portugal itu, Shaw berkata: "Ruben membuat tuntutan. Mentaliti adalah sesuatu yang mustahak. Dia banyak bercakap mengenainya.



"Dia menuntut 100 peratus dan tidak mahu apa-apa yang kurang. Jika seseorang melakukan 85-90 peratus maka ia tidak memadai. Saya fikir, lebih-lebih pada tahun ini, jika anda tidak melakukan perkara yang betul, anda tidak akan diturunkan. 

"Dia sangat tegas. Dia tidak mencetus sebarang masalah dan saya rasa tiada lagi pemain yang terkial-kial dalam kumpulan ini. 

"Saya rasa semua pihak perlu mengutamakan pasukan. Dia telah menyatakannya dengan sangat jelas."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video