Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Manchester United hilang khidmat Christian Eriksen, Rasmus Hojlund

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hojlund.jpg
Dua pemain Manchester United, Christian Eriksen dan Rasmus Hojlund, akan direhatkan berikutan penarikan diri mereka daripada skuad Denmark untuk perlawanan kelayakan Euro 2024 nanti.

Kemenangan 1-0 United ke atas Luton di laman sendiri pada Sabtu lalu sedikit terjejas dengan kedua-dua pemain itu terpaksa dikeluarkan atas faktor kecederaan.

Mereka juga telah menarik diri dari bermain untuk perlawanan skuad Denmark menentang Slovenia pada Jumaat dan bersama Ireland Utara Isnin depan, dengan United terpaksa beraksi tanpa Eriksen sehingga pertengahan Disember atas kecederaan lutut yang dialaminya.

Kecederaan ringan pada bahagian otot yang dialami Hojlund mampu sembuh dalam masa yang singkat, walaupun dia berkemungkinan bakal terlepas perlawanan kunjungan ke Everton Ahad depan.

United juga berharap pengambilan pemain musim panas mereka bersedia untuk lawatan penting ke Galatasaray dalam Liga Juara-Juara Eropah tiga hari kemudiannya.

Satu kenyataan di laman web Manchester United berkata: "Eriksen mengalami kecederaan lutut yang memerlukannya untuk berehat selama kira-kira sebulan, manakala penyerang Hojlund hanya mengalami ketegangan otot. Diharap dia dapat kembali sebelum akhir November."

Kedua-dua pemain berbangsa Denmark itu menambahkan lagi senarai nama pemain yang mengalami kecederaan termasuk Lisandro Martinez, Luke Shaw, Tyrell Malacia, Jonny Evans dan Casemiro, manakala Aaron Wan-Bissaka terlepas perlawanan menentang Hatters kerana masalah kesihatan.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video