Gol penghujung permainan Matthijs de Ligt memastikan Manchester United menyekat kebangkitan Tottenham Hotspur apabila mengikat kedudukan 2-2 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Tottenham Hotspur sebentar tadi.
Penyokong The Red Devils disajikan dengan keterujaan awal apabila Bryan Mbeumo meletakkan pasukan pelawat itu di depan pada minit ke-32 dengan menanduk masuk lintangan Amad Diallo.
Bagaimanapun, aksi dalam 45 minit kedua jelas menghukum mereka, di mana Spurs menjaringkan dua gol dalam masa tujuh minit, pada ketika perlawanan kian ke penghujung.
Ia bermula dengan jaringan cantik, Mathys Tel, yang melakukan pusingan cantik sebelum melepaskan rembatan gemilang menewaskan Senne Lammens pada minit k-84.
Hati penyokong United pastinya remuk apabila Richarlison kelihatan dapat menjaringkan gol kemenangan Spurs dalam waktu kecederaan tetapi De Ligt kemudian membawakan kembali kegembiraan itu -- sekurang-kurangnya untuk melebarkan rekod tanpa kalah kepada lima perlawanan berturut-turut -- dengan gol penyamaannya sebelum wisel penamat.
Grab Cepat

NIKE SALE: Up to 60% + Extra 15% Off
Dapatkan kasut, pakaian, dan aksesori Nike kegemaran korang dengan diskaun hebat bila beli 2 item atau lebih. Jangan tunggu lama — stok terhad!
Grab Cepat
Advertisement
Jadual
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
10:00 PM
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Selasa, 09 Dis
04:00 AM