Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Manchester United destinasi baru Harry Kane?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kane.jpg
Tular di media sosial apabila kapten England, Harry Kane, dikhabarkan bakal membuat kepulangan ke England kembali dengan Manchester United bersedia menjadi destinasi baru pemain berusia 32 tahun itu.

Ini susulan kontrak Kane bakal berakhir pada 2027 bersama Bayern Munich, meskipun kelab gergasi Bundesliga itu berharap akan dapat menyambung kontrak Kane.

Kane menyertai Bayern dari Tottenham Hotspur -selepas bersama kelab sejak berusia 11 tahun- dengan kontrak empat tahun dan gaji £415,000 (RM2.4 juta) seminggu pada 2023.


 

Dia telah mengumpul 280 jaringan sepanjang 435 perlawanan bersama Spurs.

Untuk rekod, dia menjadi pemain terpantas mengumpul 100 gol untuk Bayern Munich dalam 104 perlawanan mengatasi Cristiano Ronaldo (105 perlawanan untuk Real Madrid) dan Erling Haaland (105 perlawanan untuk Manchester City).



 
 
MU Jersey

Gaya Red Devils

Tunjuk sokongan dengan jersi MU terbaru.


? Dapatkan

Advertisement

Must Watch Video