Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Manchester United cipta kemenangan ketiga berturut-turut

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

united.jpg
Manchester United mencipta kemenangan buat kali ketiga berturut-turut pertama kali dibawah kendalian Ruben Amorim dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) 2025/26.

The Red Devils yang bergelut dalam awal musim sebelum ini menewaskan Brighton & Hove Albion 4-2 di Stadium Old Trafford awal pagi tadi sekali gus melonjakkan mereka di kedudukan keempat dalam carta liga.



 

Jaringan United hadir menerusi Matheus Cunha yang membuka akaun jaringan (24) bersama United, diikuti Casemiro (34) dalam babak pertama, malah tambahan dua gol lagi daripada Bryan Mbeumo (61,97) dalam babak kedua untuk melengkapkan kemenangan pasukan tuan rumah.

Dua gol Brighton dicetak oleh Danny Welbeck dan Charalampos Kostoulas.

Dalam dua aksi terdahulu, mereka menewaskan Liverpool di Anfield dan Sunderland di laman sendiri.

Skuad kendalian Ruben Amorim itu kini mengumpul 16 mata daripada Sembilan perlawanan untuk berada dalam kelompok empat terbaik dengan perbezaan tiga mata daripada pendahulu liga, Arsenal.
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video