Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Manchester United capai kesepakatan dengan Inter Milan datangkan Onana

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

andre-onana.jpg
Penjaga gol Inter Milan, Andre Onana, dijangka akan menyertai Manchester United dalam masa terdekat selepas kedua-dua kelab dan pemain itu difahamkan sudah mencapai kesepakatan, demikian dilaporkan agensi berita, PA.

Pemain berusia 27 tahun itu merupakan pilihan utama Erik ten Hag dalam jendela musim panas ini untuk menggantikan David de Gea di United.

United kini dilaporkan sudah mendapat persetujuan dengan pasukan Serie A itu untuk menandatangani Onana dengan bayaran pendahuluan €51 juta (RM260 juta) selain potensi bayaran tambahan sebanyak €4 juta (RM20.40 juta).

Difahamkan juga, terma-terma peribadi yang diletakkan oleh penjaga gol itu telah dipersetujui dan dia dijangka akan menandatangani kontrak lima tahun dengan pilihan untuk melanjutkannya semusim lagi.

Pemeriksaan perubatan akan dilakukan dalam masa terdekat tetapi terdapat persoalan sama ada kertas kerja yang berkaitan perpindahan itu dapat disiapkan tepat pada masanya untuk Onana menyertai jelajah pramusim United di Amerika Syarikat (AS) bermula esok.

Penjaga gol Cameroon itu akan menjadi pemain kedua ditandatangani United musim panas ini selepas mendatangkan pemain tengah Chelsea, Mason Mount, dengan nilai £55 juta (RM325.64 juta) awal bulan ini.


 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 17 of 38
Sabtu, 20 Dis
08:30 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
West Ham United-team-logo West Ham United
Ahad, 21 Dis
01:30 AM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Liverpool-team-logo Liverpool
04:00 AM
Everton-team-logo Everton
Arsenal-team-logo Arsenal
04:00 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Isnin, 22 Dis
12:30 AM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Manchester United-team-logo Manchester United
Selasa, 23 Dis
04:00 AM
Fulham-team-logo Fulham
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest

Must Watch Video