Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Manchester United capai kesepakatan dapatkan Rasmus Hojlund daripada Atalanta

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rasmus-hojlund.jpg
Manchester United telah mencapai kesepakatan untuk menandatangani penyerang Atalanta, Rasmus Hojland, demikian dilaporkan agensi berita, PA.

Selepas mendapatkan pemain tengah Chelsea, Mason Mount, dan penjaga gol Inter Milan, Andre Onana, pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dikhabarkan telah berhasil mendatangkan penyerang berpotensi tinggi berusia 20 tahun berkenaan.

United difahamkan telah bersetuju untuk mengeluarkan £64 juta (RM374.36 juta) untuk mendapatkan Hojlund, dengan bayaran tambahan boleh mencecah £8 juta (RM46.80 juta).

Pemain kebangsaan Denmark itu turut dilaporkan telah bersetuju untuk mengikat kontrak selama lima tahun dengan pilihan untuk melanjutkannya semusim lagi di Old Trafford.
 

Advertisement

Must Watch Video