Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Manchester United berpesta sambut kemenangan pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

united.jpg
Gol sepakan penalti Bruno Fernandes pada lewat permainan memastikan Manchester United menuju ke waktu rehat antarabangsa dengan kemenangan pertama musim ini.

Ia selepas The Red Devils memastikan tiga mata pertama diraih mereka dengan menewaskan Burnley 3-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford lewat malam tadi.

The Red Devils terlebih dahulu berada di depan seawal minit ke-27 apabila pemain tengah Burnley, Josh Cullen, terjaring bola ke gawang sendiri.

Bagaimanapun, mereka kemudian kehilangan khidmat Matheus Cunha berselang empat minit gara-gara kecederaan.

10 minit selepas babak kedua bersambung, Burnley menyamakan kedudukan hasil jaringan Lyle Foster tetapi kedudukan itu hanya bertahan selama dua minit sebelum Bryan Mbeumo kembali meletakkan United di depan selepas menerima lintangan Diogo Dalot.

Tiada keselesaan diberikan Burnley buat United. Jaidon Anthony menyamakan kedudukan pada minit ke-66 susulan satu situasi kelam-kabut di depan gawang tuan rumah.

Ketika United kelihatan akan sekali lagi kempunan tiga mata, mereka dihadiahkan sepakan penalti selepas video bantuan pengadil (VAR) mendapati Amad Diallo ditarik jatuh pertahanan lawan.

Kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya ketua pasukan, Fernandes, untuk menjaringkan gol kemenangan United dalam waktu kecederaan.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video