EPL: Manchester City terus bagi ancaman kepada Arsenal

Najmi Iman
April 13, 2024 07:02 MYT
MANCHESTER CITY 5-1 LUTON TOWN
Manchester City kekal di atas dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan perbezaan dua mata dihadapan Arsenal dan Liverpool selepas menewaskan Luton Town 5-1 malam semalam.

FULL-TIME | A big home win! ? ? 5-1 ? #ManCity | @okx | @citcmancity pic.twitter.com/ZUsy9eZnkZ

— Manchester City (@ManCity) April 13, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Seawal minit kedua perlawanan, The Citizen, membuat jaringan pembukaan menerusi penyerang berbakat, Erling Haaland yang terkena kepada pemain pertahanan Luton, Daiki Hashioka.
Masuk kepada babak kedua perlawanan, pemain tengah Manchester City, Mateo Kovacic, melakukan rembatan deras ke arah gol pasukan pelawat sekaligus menewaskan penjaga gol mereka, Thomas Kaminski.
Pada minit ke76, Erling Haaland, sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring apabila mudah menyempurnakan sepakan penalti selepas Jeremy Doku dijatuhkan.
Bekas pemain tengah Chelsea, Rose Barkley, berjaya menghadiahkan jaringan saguhati selepas kesilapan yang dilakukan oleh penjaga gol, Ederson, memberi ruang buat pemain itu menggelecek pertahanan Man City seterusnya melepaskan rembatan.
Beberapa minit kemudian, giliran Jeremy Doku dan Josko Gvardiol pula menambah derita buat pasukan Luton selepas kedua-duanya menjaringkan gol keempat dan kelima buat Manchester City.
#bola sepak #Manchester City #Liga Perdana Inggeris #Luton Town
;