Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Manchester City singkap kempen lawan Chelsea, Liverpool bertandang ke laman pendatang baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

epl.jpg
Pasukan yang baru dinaikkan ke Liga Perdana Inggeris (EPL), Ipswich Town, akan melayani pasukan gergasi, Liverpool, manakala juara bertahan, Manchester City, pula akan bertandang ke laman kelab London, Chelsea, bagi aksi pertama musim 2024/25.

Ipswich, yang kembali ke liga divisyen utama itu buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun, akan memulakan aksi pada 17 Ogos depan manakala City pula akan memulakan misi mempertahankan kejuaraan di Stamford Bridge sehari kemudian.

Manchester United pula akan memulakan kempen dengan memenentang Fulham di Old Trafford sehari lebih awal.

Arsenal, yang merupakan naib juara musim lalu, akan menantikan kunjungan Wolves manakala Aston Villa akan bertandang ke kubu Wast Ham -- kedua-dua perlawanan akan berlangsung pada 17 Ogos depan.

Pemenang playoff Liga Kejuaraan, Southampton, dijadualkan untuk bertemu Newcastle United di St James Park, Everton akan melayani Brighton dan Nottingham Forest pula akan bertemu Bournemouth pada hari yang sama.

19 Ogos depan pula akan menyaksikan dan Leicester City bertemu Tottenham, sehari selepas Brentford bertemu Crystal Palace.

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 16 of 38
Selasa, 16 Dis
04:00 AM
Manchester United-team-logo Manchester United
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC

Must Watch Video