EPL
EPL: Manchester City sambar arkitek baru dari Porto
Nico Gonzalez menjadi pemain keempat Manchester City yang ditandatangani pada jendela perpindahan Januari ini dengan yuran sebanyak 60 juta euro (RM277.4 juta).
Pemain kelahiran Sepanyol berusia 23 tahun itu dibawa masuk Pep Guardiola selepas Omar Marmoush, Abdukodir Khusanov and Vitor Reis dengan The Netizens ingin terus memperbaiki prestasi mereka untuk musim ini.
Gonzalez menandatangani kontrak selama empat tahun setengah bagi memperkukuhkan jentera tengah City selepas kelab itu kehilangan pemenang Ballon d'Or, Rodri, untuk sepanjang musim apabila dia terpalit dengan kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL).
Iklan
Arkitek baru itu merupakan produk akademi Barcelona, dan telah membuat 37 penampilan bersama skuad utama Barca sebelum melengkapkan perpindahan ke Porto bagi musim 2023/24.We're delighted to confirm the signing of Nico Gonzalez from Porto 👇https://t.co/9McYaH2de4— Manchester City (@ManCity) February 3, 2025
Dia turut telah beraksi sebanyak 68 perlawanan dalam semua kejohanan buat kelab gergasi Portugal itu dan menjadi watak penting dalam memacu Porto menduduki tempat ketiga dengan 42 mata.
Must-Watch Video