Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Manchester City hilang khidmat Rodri sekali lagi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rodri.jpg
Tonggak utama Manchester City, Rodri dijangka akan tidak bermain sehingga pertengahan September akibat kecederaan serius yang dialaminya semasa menyertai aksi FIFA Club World Cup menentang Al‑Hilal pada Julai lalu.

Pep Guardiola mengesahkan bahawa pemain tersebut kini sedang menjalani proses pemulihan secara persendirian dan hanya akan kembali sepenuhnya selepas rehat antarabangsa.

 
Dalam temuramah bersama media rasmi kelab, Pep menegaskan: “Rodri sudah mula berlatih kembali sejak beberapa hari lalu, namun kami tidak mahu memaksanya bermain selama 90 minit kerana risiko kecederaanya berulang”

Tambahnya, “Fokus kami adalah memastikan beliau bebas dari kesakitan dan siap sepenuhnya secara fizikal.”

Ketiadaan Rodri dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris menimbulkan cabaran taktikal buat Guardiola, namun kelab tetap berhati‑hati demi memulihkan pemain bintang itu sepenuhnya. Rodri kini dalam fasa pemulihan penting dan tidak akan diturunkan sepenuhnya dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris awal musim.

Pemenang Ballon d'Or itu sebelum ini telah mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) ketika menentang Arsenal dan telah terlepas beraksi hampir 1 musim bersama The Citizens. Kini Pep Guardiola harus memikirkan taktikal bagi harungi awal musim tanpa bintang utamanya tersebut.

Manchester City bakal membuka tirai Liga Perdana Inggeris bertemu Wolverhampton pada 17 Ogos depan pada 12.30 tengah malam.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video