Pep Guardiola tidak menyangka Southampton akan bertahan sebegitu ketika Manchester City buntu tanpa jaringan di Stadium St Mary, awal pagi tadi.
City melancarkan 26 percubaan tepat -- jumlah tertinggi yang mereka lakukan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) tanpa menjaringkan sebarang gol sejak menghadapi dilema serupa ketika menentang lawan yang sama pada Julai 2020.
Guardiola yang bercakap dengan Sky Sports berkata:"Prestasi kami jauh lebih baik dalam separuh masa kedua -- lebih tajam terutama menerusi pemain sayap. Kami membawa pemain ke dalam kotak penalti.
"(Tetapi) mereka bertahan begitu dalam. Saya memang sudah menjangkakannya, namun mereka bertahan di dalam kotak penalti dengan 11 pemain dan bukan mudah untuk merobohkan benteng itu. Kami memerlukan kualiti itu pada saat yang tepat. Kami mempunyai empat atau lima peluang dalam beberapa minit terakhir tetapi kami masih gagal menghasilkan gol.
"Apabila perlawanan menjadi berat sebelah, tugas bek sayap dan pemain sayap sama sekali berbeza. Pemain di bahagian tengah tidak banyak kesempatan di dalam kotak penalti dan kami memerlukan kualiti.
"Kami gagal melakukannya kerana lawan kental bertahan, sukar untuk menembusi mereka.
"Begitulah keadaannya hari ini."

FULL-TIME | It ends level.
— Manchester City (@ManCity) May 10, 2025
? 0-0 ? #ManCity | @okx pic.twitter.com/JbledVtG9D