EPL: Maguire sedia main peranan pacu gemilang United

Muzaffar Musa
April 9, 2023 07:09 MYT
Harry Maguire mula menyuarakan mengenai kekuatan skuad Manchester United dan mengisytiharkan bahawa dia bersedia untuk memainkan peranannya menuju penamat musim ini.
Pemain kebangsaan England itu kelihatan sukar untuk merebut tempat dalam skuad United musim ini, di mana dia hanya memulakan enam daripada 29 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Pemain berusia 30 tahun itu kembali disenaraikan dalam kesebelasaan utama United untuk bergandingan dengan Raphael Varane ketika mereka menewaskan Everton 2-0 semalam.
United kini berada di kedudukan terbaik dalam memburu penamat empat teratas dan sedang bersaing merebut gelaran Liga Europa (UEL) dan Piala FA.

A seventh goal of the season for @AnthonyMartial! ?#MUFC || #MUNEVE pic.twitter.com/n6TfzLc2XI

— Manchester United (@ManUtd) April 9, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dengan berbaki 16 perlawanan musim ini, kapten United itu berkata setiap pemain perlu memainkan peranan masing-masing sehingga ke penghujung saingan.
"Kita tidak akan pernah berjaya dengan hanya 11 pemain," katanya kepada MUTV.
"Ini adalah EPL dan kita juga sedang bersaing dalam kesemua kejohanan.
"Kami mahu melakukan sebaik mungkin dalam setiap kejohanan, memenangi trofi dan bersaing di peringkat tertinggi dalam EPL.
"Untuk melakukannya, anda memerlukan lebih daripada 11 pemain," katanya.
United akan melayani kunjungan Sevilla bagi perlawanan suku akhir pertama UEL awal pagi Jumaat ini sambil Brighton and Hove Albion pula akan menantikan tandangan mereka bagi separuh akhir Piala FA pada 23 April ini.
#bola sepak #Manchester United #Liga Perdana Inggeris #Harry Maguire
;