AC Milan kian hampir untuk mencapai kesepakatan mendapatkan khidmat Ruben Loftus-Cheek daripada Chelsea, demikian dilaporkan agensi berita, PA.
Perpindahan buat pemain berusia 27 tahun itu masih belum dimuktamadkan tetapi pasukan Serie A berkenaan berharap ia dapat diselesaikan dalam beberapa hari ini.
Jika berjaya, ia akan menamatkan ikatan 20 tahun di antara Chelsea dan pemain kebangsaan England itu, yang menyertai akademi kelab berkenaan pada 2004.
Dia menjaringkan 13 gol dalam 155 penampilannya buat kelab itu dengan 10 daripadanya dilakukan dalam kempen 2018-19 tetapi dia kemudian melalui fasa sukar di bawah beberapa pengurus, terutama dalam separuh kedua musim lalu.
Selain itu, dia juga merupakan sebahagian daripada skuad kebangsaan England sewaktu layak ke separuh akhir Piala Dunia 2018 di Russia.
Terdahulu, N’Golo Kante dan Kalidou Koulibaly turut bersetuju untuk meninggalkan Chelsea bagi menyertai pasukan Liga Profesional Arab Saudi sambil Edouard Mendy dan Hakim Ziyech dijangka akan mengikut jejak mereka selepas kesepakatan tercapai.

Advertisement
Jadual
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
10:00 PM
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Selasa, 09 Dis
04:00 AM