Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Liverpool tandatangani Szoboszlai daripada RB Leipzig

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dominik-soboszlai.jpg
Liverpool melengkapkan proses menandatangani pemain tengah baru, Dominik Szoboszlai, daripada RB Leipzig dengan kesepakatan bernilai £60 juta (RM355.10 juta) bergantung kepada kelulusan permit kerja.

Agensi berita, PA, melaporkan pemain kebangsaan Hungary berusia 22 tahun itu bersetuju untuk menandatangani kontrak lima tahun bersama The Reds.

Soboszlai merupakan pemain kedua ditandatangi Liverpool musim panas ini bagi memperkuatkan jentera tengah mereka selepas ketibaan Alexis Mac Allister daripada Brighton dengan perpindahan £35 juta (RM207.14 juta).

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, berpandangan bekas bintang Salzburg itu dapat menawarkan fleksibiliti sebagai pemain serba boleh buat pasukannya.

 

Advertisement

Must Watch Video