EPL
EPL: Liverpool siap sedia harungi jelajah pra musim di Asia
Juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Liverpool, bakal melakukan latihan pramusim dengan tiga perlawanan persahabatan dijadualkan berlangsung pada bulan Julai ini.
Walaupun tarikh permulaan untuk mengumpulkan skuad berbeza-beza kerana perlawanan antarabangsa menyebabkan beberapa pemain seperti Harvey Elliot dan Tyler Morton yang baru sahaja memenangi Kejohanan Euro Bawah 21 tahun, serta pemain yang pulang bercuti.
Perlawanan pertama The Reds, adalah menentang Preston, di Deepdale, sebelum anak buah kendalian Arne Slot, akan menjelajah ke Hong Kong dan Jepun untuk dua perlawanan yang akan dilihat sebagai peluang untuk kelab The Reds, mengembangkan jangkauuannya di rantau itu.
Iklan
Bukan dengan itu sahaja, buat pertama kali dalam tempoh lapan tahun Liverpool, kembali ke Hong Kong menentang AC Milan di Stadium Kai Tak Sports Park yang berkapasiti 50,000 orang.
Aksi jelajah ini boleh menjadi peluang untuk melihat pemain yuran perpindahan termahal The Reds, 140 Juta Euro, iaitu Florian Wirtz, Jeremie Frimpong dari Bayer Leverkusen dan Milos Kerkez dari Bournemouth.
Selepas itu, Liverpool akan beraksi dua lagi perlawanan selepas pulang ke Anfield menentang Athletic Bilbao pada 5 Ogos sebelum menentang Crystal Palace, di Wembley pada 10 Ogos.
Must-Watch Video