Liverpool melengkapkan proses menandatangani Cody Gakpo sebagai langkah pertama mereka dalam jendela perpindahan kali ini.
Penyerang Belanda itu tiba daripada PSV, di mana dia menghabiskan seluruh waktu kariernya di sana sebelum bersetuju untuk ke Anfield.
Perpindahannya daripada kelab itu sememangnya sudah dijangka dan ia semakin hangat diperkatakan selepas aksi cemerlangnya dalam Piala Dunia Qatar, di mana dia menghasilkan tiga gol buat Oranje.
Manchester United sebelum ini dilihat sebagai pasukan pilihan untuk mendapatkan penyerang serba boleh itu tetapi PSV mengumumkan kelmarin bahawa mereka telah mencapai kesepakatan dengan Liverpool.
Perpindahan itu kini dilengkapkan, bergantung kepada permit kerjanya, selepas Gakpo tiba di England bagi menjalani ujian perubatan.
Gakpo, yang dilaporkan berharga £37 juta (RM196.86), menghasilkan sembilan gol dan 12 batuan jaringan dalam 14 perlawanan Eredivisie musim ini.
Dia dijangka akan memperkuatkan kembali bahagian serangan Liverpool, yang kehilangan Luis Diaz dan Diogo Jota kerana kecederaan, sambil mengurangkan bebanan buat Darwin Nunez, yang bergelut untuk mendapatkan prestasi terbaiknya dalam musim pertama di Anfield.

A late Christmas present for you, Reds… ? ? pic.twitter.com/7BO26b9Kax
— Liverpool FC (@LFC) December 28, 2022
Gakpo, yang dilaporkan berharga £37 juta (RM196.86), menghasilkan sembilan gol dan 12 batuan jaringan dalam 14 perlawanan Eredivisie musim ini.
Dia dijangka akan memperkuatkan kembali bahagian serangan Liverpool, yang kehilangan Luis Diaz dan Diogo Jota kerana kecederaan, sambil mengurangkan bebanan buat Darwin Nunez, yang bergelut untuk mendapatkan prestasi terbaiknya dalam musim pertama di Anfield.
Advertisement
Jadual
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
10:00 PM
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Selasa, 09 Dis
04:00 AM