Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Liverpool hantar protes kepada PGMOL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

epl.jpg
Liverpool menghantar protes kepada Professional Game Match Officials Limited (PGMOL) mengenai tandukan gol Virgil van Dijk yang dibatalkan ketika menentang Man City, Ahad lalu.

Ia, selepas pengadil perlawanan menafikan jaringan itu susulan kedudukan ofsaid Andy Robertson, dan tidak melakukan semakan video bantuan pengadil (VAR) untuk meneliti perkara itu.

Difahamkan, The Reds turut mengemukakan butiran undang-undang tentang peraturan terbabit supaya bersikap adil.

 


Pemain kebangsaan Scotland itu berada dalam posisi ofsaid tetapi kelihatan tidak mengganggu mata Gianluigi Donnarumma atau menghalang permainan.

Bagaimanapun, keputusan kekal dan gol itu ditolak secara kontroversi.

Liverpool enggan menyalahkan kekalahan 3-0 yang mengerikan itu atas keputusan itu.

Liverpool mahukan penjelasan daripada PGMOL tentang mengapa mereka membuat kesimpulan bahawa Robertson telah melakukan kesalahan kerana jelasnya Donnarumma tidak dihalang.
 
Puma

PUMA SALE: Up to 50% Off

Dapatkan kasut, pakaian, dan aksesori Puma kegemaran korang dengan diskaun hebat 11.11 ini. Jangan tunggu lama — stok terhad!


Grab Cepat

Advertisement

Must Watch Video