Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Liverpool dah sedia aksi pramusim lepas julang trofi - van Dijk

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

van-dijk-slot.jpg
Liverpool akan menghadapi "pramusim yang betul" pada musim panas ini, di luar Jelajah Asia yang menguntungkan selepas persiapan pertama yang rumit di bawah kendalian Arne Slot.

The Reds telah mengesahkan dua perlawanan persahabatan di Timur Jauh sebagai sebahagian daripada persiapan untuk kempen 2025/26 yang akan menyaksikan mereka mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) andai berjaya kutip lagi enam mata.

 
Anak buah Slot akan menentang AC Milan di Hong Kong pada 26 Julai sebelum ke Jepun berdepan pasukan Liga J1, Yokohama F. Marinos, di Stadium Nissan pada 30 Julai.

Kapten Liverpool, Virgil van Dijk menyatakan faedah pramusim itu ketika dia bersedia untuk mengumumkan kontrak baru selama dua tahun.

"Kembali ke musim panas lalu, saya tidak mempunyai pramusim yang sesuai" .

"Sebelum kami menentang Sevilla (dalam perlawanan persahabatan di Anfield) dan saya beraksi 90 minit,  minggu berikutnya kami menghadapi Ipswich dan kemudian anda kembali ke sana (Anfield)".

“Anda tidak mempunyai masa untuk memikirkan perkara yang sebenarnya dimahukan oleh pengurus daripada segi kem latihan".

“Tahun ini, ada kem latihan dan ada masa untuk skuad bekerja pada apa yang pengurus mahu dan saya fikir itu akan meningkatkan kualiti pasukan".

“Masih banyak perkara yang perlu diperbaiki, tetapi kita tidak seharusnya melupakan kualiti yang dimiliki EPL".

 
Van Dijk masih belum menandatangani terma baru dengan Liverpool, tetapi secara meluas dijangka lanjutan kontraknya akan diumumkan minggu ini.

Walaupun Slot akan memberikan pemain dan barisan kejurulatihan berehat panjang selepas perlawanan terakhir musim ini menentang Crystal Palace pada 25 Mei, kapten itu akan menjadi antara pemain pertama yang melaporkan diri pada awal Julai.
   

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video