Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Liverpool capai kesepakatan tandatangani Cody Gakpo

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cody-gakpo.jpg
Liverpool mencapai kesepakatan untuk menandatangani pemain kebangsaan Belanda, Cody Gakpo, demikian diumumkan PSV.

Gakpo dikaitkan dengan beberapa kelab gergasi Eropah -- termasuk Manchester United dan Real Madrid -- selepas menjadi pemain tonggak penting pasukan bimbingan Ruud van Nistelrooy berkenaan.

Penyerang itu menghasilkan sembilan gol dan 12 bantuan jaringan dalam 14 perlawanan Eredivisie musim ini, rekod penglibatan gol ketiga tertinggi (21) dalam 14 perlawanan sejak musim 1999-00 --  hanya Van Nistelrooy (27 musim 1999-00) dan bekas penyerang Liverpool, Luis Suarez (25 musim 2009-10), memiliki rekod lebih baik.

Pada ketika Manchester United dikaitkan untuk menandatangani Gakpo sepanjang beberapa bulan lalu, laporan terbaru mendedahkan Liverpool hampir pasti akan mendapatkan pemain berusia 23 tahun itu dengan bayaran pendahuluan sebanyak £37 juta (RM197.88).

Selepas menyerlah membantu Belanda dengan tiga gol dalam Piala Dunia Qatar, Gakpo dijangka akan ke Anfield apabila jendela perpindahan dibuka bulan depan.

Kelab gergasi Eredivisie itu berkata: "PSV dan Liverpool telah mencapai kesepakatan mengenai perpindahan Cody Gakpo.

"Penyerang berusia 23 tahun itu akan berlepas ke England dalam masa terdekat, di mana ia akan tertakluk kepada formaliti yang diperlukan sebelum perpindahan itu disempurnakan."
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video