Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Liverpool bakal tempang, kehilangan Alisson akibat kecederaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

1701270023596_8abb3ccc-e0cd-4d70-bf3c-94db74e1517c.jpg
Berita buruk buat semua peminat-peminat Liverpool menjelang aksi menentang Brentford.

Ini apabila diberitakan penjaga gawang utama mereka, Alisson Becker bakal diketepikan dari barisan utama akibat kecederaan pada hamstring dan bakal terlepas perlawanan ke-24 liga.


 

Alisson juga dijangka akan disisihkan selama dua minggu jika kecederaannya tidak berapa serius.

Liverpool akan bertandang di Stadium Komuniti Gtech untuk bertemu Brentford dalam misi terus terajui Liga Perdana Inggeris.

Anda boleh saksikan perlawanan itu secara langsung hanya di Astro Supersport 3 (saluran 813).

Advertisement

Must Watch Video