Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Leicester terlepas peluang tumbangkan Liverpool di Anfield -- Van Nistelrooy

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ruud-van-nistelrooy.jpg
Ruud van Nistelrooy melihat kekalahan 1-3 Leicester City kepada Liverpool di Anfield awal pagi tadi sebagai satu peluang yang dipersiakan buat pasukan yang sedang bergelut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Leicester terbenam ke zon penyingkiran sebelum Hari Boxing selepas Wolves menewaskan Manchester United dalam perlawanan lebih awal.

The Foxes kemudian hampir melakukan kejutan di Anfield apabila Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam hanya untuk dipadamkan oleh gol Cody Gakpo, Curtis Jones dan Mohamed Salah.

Leicester kini memegang rekod pertahanan terburuk EPL dengan dibolosi 10 gol daripada tiga perlawanan, iaitu ketika tewas 0-4 kepada Newcastle United, 0-3 kepada Wolves dan yang terbaru tewas 1-3 kepada Liverpool.

Pasukan bimbingan Van Nistelrooy itu melakukan empat percubaan pada 10 minit pertama tetapi gagal melakukan sebarang percubaan lagi selepas itu dan walaupun turun dengan status pasukan bukan pilihan, pengurus itu kecewa pasukannya gagal mempertahankan kelebihan mereka.

"Ia terpulang kepada kami untuk mengembangkan dan mencipta corak permainan bagi setiap lawan," kata Van Nistelrooy kepada Amazon Prime Video.

"Corak permainannya sudah ada, pemain tahu apa yang perlu dilakukan dan mereka menunjukkannya tetapi hari ini, kemungkinannya sudah semaksimum mungkin.

"Anfield bukanlah tempat untuk kita mendapatkan mata tetapi daripada segi perkembangan, kami perlu melakukannya kerana mata perlu dikutip," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video