Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

EPL: Leicester City sah kembali ke EPL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

leiceter.jpg
Bekas juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Leicester City, secara automatik telah layak beraksi kembali di liga utama England itu sekali gus merangkul gelaran juara Kejohanan Liga Bola Sepak Inggeris (EFL), selepas menang ke atas Preston, awal pagi Isnin. 

Ayam tambatan Leicester City, Jamie Vardy, merupakan watak penting pasukan itu memperolehi kemenangan dangan bantuan dua jaringannya sebelum Kasey McAteer menambah derita pasukan Preston.
 
Selepas ini, anak buah kendalian Enzo Maresca, akan bertemu Blackburn Rovers dalam perlawanan akhir saingan EFL sebelum menjulang trofi kejuaraan selepas wisel penamat perlawanan itu. 

Advertisement

Must Watch Video