Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Leicester City bangkit keluar daripada zon penyingkiran dengan kemenangan dramatik berdepan Spurs

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

leicestercity.jpg
Ruud van Nistelrooy yakin bahawa perjuangan Leicester City untuk keluar daripada zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mereka menamatkan rentetan tujuh kekalahan dengan menewaskan Tottenham Hotspur, semalam.

Jamie Vardy dan Bilal El Khannouss menjaringkan gol dalam lima minit pertama dan separuh masa kedua di Stadium Tottenham Hotspur, ketika Leicester bangkit untuk mencatat kemenangan 2-1 yang mengagumkan.

Sekiranya The Foxes mengalami kekalahan, ia akan menyaksikan mereka menyamai rekod pada 2001 yang mencatatkan lapan kekalahan berturut-turut.

Sebaliknya, Leicester berjaya keluar daripada kelompok tiga terakhir dan naik ke tangga ke-17, satu mata di hadapan pesaing terdekat, Ipswich Town dan Wolverhampton Wanderers.

“Ia adalah 10 minit yang dramatik di mana kami terpaksa bertahan dan pemain sanggup menggadaikan diri untuk menyekat percubaan dan memenangi cabaran.

 

“Mereka benar-benar mahukan kemenangan ini, kami memerlukannya, dan mereka membuktikan keinginan itu semalam.

"Pasukan ini kekal bersatu dan melakukan segala yang mungkin untuk berjaya,” katanya kepada media antarabangsa.

Advertisement

Must Watch Video