Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Legenda Man Utd berang anak perempuan pakai baju Arsenal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

paul.jpg
Paul Scholes, tidak memberikan respons yang baik kepada anak perempuannya yang memakai baju Arsenal ketika legenda Manchester United itu sedang menonton perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) dia antara kelab itu bertemu Arsenal, semalam.

Legenda The Red Devils itu tidak begitu senang dengan 'gangguan' daripada anak perempuannya ketika sedang menyaksikan aksi hangat tersebut.

Sebahagian daripada keseronokan yang dialami oleh Scholes diragut apabila melihat anak perempuannya memakai jersi Arsenal.

Alicia, 24, merakam reaksi ayahnya ketika dia masuk ke ruang tamu pada minit awal permainan. Video yang tular dimuat naik ke media sosial itu menunjukkan bekas pemain tengah tersebut dengan nada tegas berkata kepada anak perempuannya untuk menanggalkan baju Arsenal tersebut.

Namun Alicia membalas dengan 'Tidak'.

Alicia merupakan salah satu daripada anak perempuan Scholes bersama isterinya iaitu Claire Froggatt. Mereka juga mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Arron berumur 25 tahun dan Aiden berumur 20 tahun.

Alicia merupakan atlet yang bermain untuk pasukan London Pulse dalam Netball Super League (NSL) yang mewakili England di peringkat antarabangsa, kini menjalinkan hubungan dengan bintang rancangan realiti Love Island iaitu Ayo Odukoya.

Tandukan oleh Riccardo Calafiori di minit ke-13 menjadi pemisah antara kedua-dua pasukan di mana skuad kendalian Ruben Amorim sebenarnya layak mendapatkan sesuatu daripada usaha yang diberikan.

Scholes gembira dengan sumbangan daripada dua pemain baru iaitu Matheus Cunha dan Bryan Mbeumo yang berjaya menceriakan peminat dengan larian terus dan permainan positif mereka.

Pasukan di bawah bimbingan Ruben Amorin itu bakal menjelajah ke London bagi menentang Fulham dalam perlawanan seterusnya sebelum aksi pusingan kedua Piala FA Inggeris menentang Grimsby di Blundell Park.
Manutd Jersey

Sejarah Tak Pernah Pudar

Dari era klasik hingga generasi baru, jersi MU kekal jadi simbol kebanggaan penyokong setia.


Miliki Jersi Ini

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video