Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Legasi Ronaldo di Manchester United tidak akan terjejas -- Forlan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cristiano-ronaldo.jpg
Konflik yang berlaku sebelum Cristiano Ronaldo meninggalkan Manchester United buat kali kedua tidak akan menjejaskan legasi pemain bintang itu di Old Trafford, kata bekas rakan sepasukannya, Diego Forlan, kepada Stats Perform.

United awal bulan ini mengumumkan bahawa mereka telah mencapai kesepakatan dengan Ronaldo untuk menamatkan kontrak pemain itu berkuatkuasa serta-merta berikutan temu bual kontroversi penyerang veteran berkenaan.

Kapten Portugal itu, yang menjaringkan 145 gol daripada 346 penampilan bersama kelab berkenaan, meluahkan kritikan yang terbuku dihatinya, termasuk buat pengurus, Erik ten Hag, kerana kurang mendapat tempat di Old Trafford.

Forlan beraksi di samping Ronaldo ketika pemain berusia 37 tahun itu melakukan penampilan pertama di Old Trafford dalam musim 2003-2004 dan bekas pemain kebangsaan Uruguay itu kecewa dengan cara bekas rakan sepasukannya itu meninggalkan United.

"Ia tidak akan terjejas (legasi Ronaldo) tetapi amat jelas, ia bukanlah jalan terbaik.

"Sejujurnya, ia agak kasihan kerana kita sedang bercakap mengenai salah seorang pemain terbaik sepanjang sejarah, seorang profesional yang hebat dan sebuah kelab yang menjadi contoh.

"Dengan kebenaran bahawa ia telah berakhir, ia amat menyedihkan.

"Kerana dia, sama seperti pemain hebat lain yang pernah mewakili kelab ini, merupakan duta kepada kelab itu sendiri.

"Secara umumnya, pemain seperti ini memiliki peluang untuk bermain di mana sahaja mereka mahu tetapi mungkin ketika ini ia bukan lagi di tempat yang mereka mahukan kerana usia mereka.

"Sesetengah kelab ingin memiliki mereka tetapi hari ini, ia lebih sukar kerana kelab lebih melihat kepada angka dan umur, dan mula mengambil keputusan lain.

"Tetapi kita perlu melihat apa yang memberikannya motivasi, apa yang dia suka dan apa pilihan kelab lain yang boleh disertainya," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video