Penyerang Jerman, Florian Wirtz, telah melengkapkan perpindahan dari Bayer Leverkusen ke Liverpool untuk mengharungi musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) bermula Ogos ini.
Wirtz telah menandatangani perjanjian jangka masa panjang dengan The Reds, yang difahamkan lima tahun, dengan jumlah sebanyak £100 juta, ditambah potensi tambahan £16 juta.
Bayern Munich dan Manchester City juga dikatakan bertanding untuk mendapatkan khidmatnya, tetapi Wirtz memilih untuk menyertai juara EPL itu.
Pemain berusia 22 tahun itu membuat penampilan sulung profesionalnya untuk Leverkusen pada Mei 2020, menjadi pemain sulung termuda kelab itu dalam Bundesliga pada usia 17 tahun dan 15 hari.
Dia adalah bintang penting untuk Werkself di bawah kendalian Xabi Alonso, membuat 119 penampilan, sambil menjaringkan 38 gol dan mencatatkan 43 bantuan jaringan.
"Saya berasa sangat gembira dan sangat berbangga.
"Akhirnya, ia selesai kerana saya menunggu masa yang lama.
"Saya benar-benar teruja untuk menghadapi pengembaraan baharu. Ini juga merupakan perkara yang besar bahawa saya mahu mempunyai sesuatu yang benar-benar baharu, keluar daripada Bundesliga dan menyertai liga utama Inggeris.
"Saya akan lihat bagaimana saya boleh beraksi di sini. Saya harap saya boleh melakukan yang terbaik.
"Saya benar-benar tidak sabar untuk bermain perlawanan pertama saya," katanya.
Wirtz membantu Leverkusen meraih kejuaraan Bundesliga pertama mereka pada 2023/24, serta DFB-Pokal, dalam musim domestik tanpa kalah.
Dia adalah pembelian kedua Liverpool dari Leverkusen dalam jendela ini, selepas Jeremie Frimpong ke Anfield.

"I felt like this is a place I want to be" ?
— Liverpool FC (@LFC) June 20, 2025
Watch the full interview on All Red Video ?