Skip to main content

Bola Sepak

EPL: 'Kuda Tua' masih berbisa, bertenaga

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

milner.jpg
Brighton and Hove Albion telah melanjutkan kontrak bekas pemain kebangsaan England, James Milner, satu musim lagi dalam perjanjian yang akan membawa pemain tengah itu melepasi hari lahirnya yang ke-40.

Milner telah bersama Seagulls sejak menyertai mereka selepas kontraknya bersama Liverpool tamat pada musim panas 2023. 

Dia akan berusia 40 tahun pada 4 Januari 2026 dan perlu bermain pada musim berikutnya jika dia mahu berpeluang menjadi pemain tertua Liga Perdana Inggeris (EPL).

 

Rekod itu dipegang oleh bekas penyerang England, Teddy Sheringham, yang bermain untuk West Ham United ketika berusia 40 tahun dan 272 hari.

Milner juga kini ditempat kedua di belakang Gareth Barry dalam penampilan paling banyak EPL. Dia kini membuat sebanyak 639 penampilan sejak menyarung jersi Leeds United manakala Gareth Barry 653 rekod.

 

Milner hanya membuat empat penampilan untuk Brighton musim lalu apabila mereka menduduki tempat kelapan dalam liga. Untuk rekod, Milner telah beraksi untuk 24 musim EPL berturut-turut.

Dia memulakan kerjayanya di Leeds United dan kemudian bermain untuk Newcastle United, Aston Villa, Manchester City dan Liverpool. Dia juga meraih 61 kaps untuk England, mewakili negaranya pada Piala Dunia 2010 dan 2014.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video