Bekas pertahanan Liverpoo, Jamie Carragher, beranggapan Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan The Reds bagi menawarkan kontrak baru kepada pemain berusia 32 tahun itu.

Perjanjian semasa pemain itu tamat akhir musim ini dengan dia memberitahu pemberita selepas kemenangan Ahad lalu di Southampton bahawa dia mungkin lebih kepada untuk meninggalkan pasukan daripada kekal bersama dengan The Reds kerana masih belum ditawarkan kontrak baru.

Salah merupakan penjaring terbanyak Liverpool musim ini dengan 12 gol dalam semua kejohanan dan menjaringkan dua gol menentang Saints untuk membawa kelab itu dengan kelebihan lapan mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Saya ingin katakan saya sangat kecewa dengan Mo Salah," kata Carragher kepada Sky Sports' Monday Night Football.

"Liverpool berhadapan dengan Real Madrid pada pertengahan minggu (dalam saingan UCL) dan Manchester City pada hujung minggu. Itulah ceritanya sekarang."

Tambahnya lagi, "Jika dia terus mengeluarkan komen, ejennya mengeluarkan mesej-mesej yang samar, itu mementingkan diri sendiri. Itu memikirkan diri mereka sendiri dan bukan kelab bola sepak."

Liverpool tidak mengulas secara terbuka mengenai kenyataan Salah, tetapi sumber kelab memberitahu BBC Sport bahawa hubungan antara Liverpool dan ejen Salah, Ramy Abbas Issa, sedang berjalan dan tampak positif.