Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Kobbie Mainoo pastikan tiga mata buat Manchester United dalam aksi padat aksi di Wolves

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

manchester-united.jpg
WOLVERHAMPTON WANDERERS 3 MANCHESTER UNITED 4

Gol dramatik Kobbie Mainoo pada lewat permainan memastikan Manchester United mencatatkan kemanangan 4-3 ke atas Wolves dalam aksi padat aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Molineux awal pagi tadi.

Gol EPL pertama pemain tengah berusia 18 tahun itu jelas mengejutkan penyokong tuan rumah selepas jaringan penyamaan Pedro Neto dua minit lebih awal kelihatan akan memberikan satu mata berharga buat Wolves.

Jaringan penalti Pablo Sarabia dan penyudah jarak dekat Max Kilman memberikan Wolves harapan kebangkitan selepas ketinggalan 2-0 dan 3-1 -- yang mengapit gol tandukan Scott McTominay buat United.

Marcus Rashford terlebih dahulu beraksi cemerlang dengan menjaringkan gol pembukaan dan membantu jaringan Rasmus Hojlund untuk memberikan United kelebihan dua gol.

Kemenangan itu menyaksikan United memanjat ke tangga ketujuh EPL sambil Wolves pula berdepan kekalahan pertama di laman sendiri sejak September lalu, sekali gus menamatkan rentetan tujuh perlawanan tanpa kalah.
 

Advertisement

Must Watch Video