Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Kluivert tonton aksi Ronaldo, Haaland, Hazard menjelang penampilan pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

justin-kluivert.jpg
Justin Kluivert menjadikan Cristiano Ronaldo, Erling Haaland, Eden Hazard dan Son Heung-min sebagai inspirasinya sebagai persediaan untuk memulakan kariernya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Bournemouth.

Penyerang Belanda itu, yang merupakan anak kepada legenda Barcelona, Patrick Kluivert, meminati impak yang dibawa penyerang Manchester City, Haaland, setibanya dia dalam liga divisyen utama berkenaan.

Sebagai rekod, Kluivert menyertai Bournemouth daripada AS Roma menjelang pembukaan musim baru EPL hujung minggu ini.

Pernah dipinjamkan untuk mewakili RB Leipzig, Nice dan Valencia, dia akan melengkapkan pengalaman beraksi dalam kesemua lima liga utama Eropah apabila melakukan penampilan pertamanya bersama kelab barunya itu.

Kluivert gembira dengan peluangnya untuk beraksi dalam EPL dan mengakui kerap menonton aksi nama-nama besar dalam liga itu sebagai persediaan sebelum memulakan perjalanan barunya.

"Saya menonton banyak video Youtube dan sudah pasti saya menonton aksi Cristiano Ronaldo," katanya kepada Stats Perform.

"Eden Hazard sewaktu zaman gemilangnya di Chelsea amat luar biasa, jadi saya gemar menonton pemain seperti atau mungkin juga Son Heung-min -- pemain sepertinya, yang akan terus mencari gol -- saya menggemarinya.

"Sudah pasti saya banyak belajar dengan pemain seperti Haaland atau pemain yang pernah bermain di sana seperti Ronaldo dan Hazard.

"Anda memiliki ramai pemain lain yang anda perlu saksikan, bagaimana mereka melakukannya dan mungkin anda boleh belajar beberapa perkara daripada mereka.

"Ia sentiasa bagus untuk belajar dan mencapai tahap terbaik dalam diri anda," katanya.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video