Liverpool semakin hampir untuk mendapatkan kembali khidmat Thiago ALcantara dan Luis Diaz tetapi pengurusnya, Jurgen Klopp, kekal tenang dalam memilih barisan pemainnya bagi perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Arsenal malam esok.
The Reds akan menantikan kunjungan pendahulu liga, Arsenal, di Anfield dan mereka kelihatan terdesak untuk menyelamatkan kempen musim ini selepas hanya meraih satu mata daripada tiga perlawanan terakhir.
Keputusan seri 0-0 dengan Chelsea pada Rabu lalu menyaksikan mereka menamatkan rentetan dua kekalahan berturut-turut tetapi masih ketinggalan 10 mata di belakang Newcastle United dan Manchester United bagi saingan merebut penamat empat teratas.
Dalam perlawanan Stamford Bridge itu, Klopp melakukan perubahan besar dengan menggugurkan Trent Alexander-Arnold, Andy Robertson, Mohamed Salah dan Virgil van Dijk.
Van Dijk dilaporkan tidak sihat ketika itu dan Klopp mengesahkan dalam sidang media bahawa pertahanan berkenaan sudah pulih sambil dua tonggak yang sudah lama berehat, Thiago dan Diaz, juga sudah mula menyertai sesi latihan.
Diaz tidak pernah mewakili Liverpool sejak mengalami kecederaan ketika menentang Arsenal pada Oktober lalu manakala Thiago pula sudah berehat selama dua bulan gara-gara kecederaan pinggul.
"Virgil sudah kembali berlatih. Luis dan Thiago juga sudah menyertai latihan," kata Klopp kepada wartawan.
"Perancangannya adalah Luis akan 100 peratus diturunkan ketika menentang Leeds (minggu depan).
"Ia satu kecederaan panjang, jadi kami perlu berhati-hati.
"Kami berkemungkinan besar tidak akan menurunkannya malam esok.
"Thiago pula agak berbeza, dia sudah berlatih tiga kali dan mungkin diturunkan," katanya.