EPL: King harap Kane kekal di Tottenham walaupun dibida Bayern Munich
Muzaffar Musa
Julai 18, 2023 10:40 MYT
Julai 18, 2023 10:40 MYT
Ledley King yakin Harry Kane tidak akan terbawa-bawa dengan tawaran yang dikemukakan Bayern Munich untuk menandatanganinya dengan bekas pertahanan Tottenham itu berharap Spurs dapat mempertahankan bintang penyerang berkenaan.
Kane, yang menjaringkan 30 gol musim lalu tetapi masih tidak cukup untuk membantu Spurs ke saingan peringkat Eropah, dilaporkan telah ditawarkan untuk menyertai Bayern sebanyak dua kali.
Kedua-dua tawaran tu telah ditolak Spurs walupun kontrak Kane akan tamat tahun depan dan ia bermakna, terdapat kemungkinan untuk kapten England itu menamatkan hubungan panjangnya dengan kelab berkenaan.
King, bagaimanapun, tetap berharap Kane akan kekal menjadi sebahagian penting buat Spurs di bawah bimbingan pengurus baru, Ange Postecoglou.
Dia berkata kepada Stats Perform: "Ia sentiasa penting untuk mengekalkan pemain terbaik anda, itu sudah pasti.
"Harry seorang pemain yang luar biasa dan apa yang berlaku di peringkat ini sudah pasti terpulang kepadanya dan kelab ini.
"Tetapi dia masih di sini, seprofesional mungkin, berusaha sekeras mungkin seperti yang biasa kita lihat.
"Itu memang lumrah Harry. Saya tahu dia menikmati latihannya, dia menikmati kerjasama di bawah Ange dan selebihnya kita serahkan kepada dia dan kelab ini untuk menyelesaikannya," katanya.
200+ - Since the start of the 2014-15 campaign, four players have scored 200+ goals in Europe's top five leagues: 261 - Robert Lewandowski 253 - Lionel Messi 234 - Cristiano Ronaldo 210 - Harry Kane Stocks. pic.twitter.com/UMnGHkC5kT
— OptaJoe (@OptaJoe) June 27, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.