Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Kieran Trippier gembira lanjut kontrak di Newcastle United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kieran-trippier.jpg
Kieran Trippier menandatangani kontrak lanjutan di Newcastle United dan pertahanan kebangsaan England itu turut membandingkan The Magpies bimbingan Eddie Howe dengan bekas pasukannya, Atletico Madrid, kendalian Diego Simeone.

Pemain berusia 32 tahun itu memenangi LaLiga bersama Atletico Madrid sebelum berpindah ke Newcastle pada Januari 2022 -- menjadi pembelian besar pertama kelab itu dalam era pemilik dari Arab Saudi.

Dia kemudian menikmati tahun yang hebat bersama Necastle, di mana mereka mengelak daripada penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu sebelum menjadi pencabar kelompok atasan liga musim ini -- menduduki tangga ketiga liga dan menewaskan Southampton 1-0 dalam separuh akhir pertama Piala EFL.

Dengan menandatangani kontrak baru, Trippier menambah tempoh 12 bulan lagi daripada kontrak asalnya sejak tiba di St James' Park.

Ia sebagai ganjaran selepas dia membantu Newcastle merekodkan 12 perlawanan tanpa bolos daripada 20 pertemuan liga musim ini -- juga dengan rekod dibolosi terendah dengan 11 kali setakat ini.

Trippier mengakui keputusan itu turut dipengaruhi dengan persamaan corak kejurulatihan Howe dengan Simeone.

Bekas pemain Burnley dan Tottenham itu berkata dalam laman web rasmi kelab itu: "Cara latihan bersama Simeone agak gila dengan cara dia terlalu obses tidak mahu dibolosi dan saya fikir di sini ada penetapan minda yang sama.

"Kami perlu mengelak daripada dibolosi. Saya fikir kami telah menunjukannya musim ini betapa kami pasukan yang sukar untuk dihadapi."
 
Trippier berkata dia tidak pernah ragu-ragu dalam membuat keputusan untuk melanjutkan tempohnya di Tyneside kerana percaya dia dan pasukannya akan berkembang dengan lebih baik.

"Saya fikir saya sedang menikmati bola sepak terbaik saya di Newcastle.

"Kami sedang bersaing merebut piala dan berada di kedudukan yang baik dalam saingan liga, dan Newcastle ketika ini memiliki masa depan yang amat cerah," katanya lagi.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video