Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Kevin De Bruyne ucap selamat tinggal kepada Manchester City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kevin-de-bruyne.jpg
Kevin De Bruyne mengumumkan bahawa dia akan meninggalkan Manchester City pada penghujung musim ini.

Kapten City itu, yang kontraknya akan tamat pada penghujung musim ini, mengesahkan dalam media sosial bahawa ini akan menjadi bulan-bulan terakhirnya sebagai pemain Manchester City.

De Bruyne menyertai City daripada Wolfsburg pada Ogos 2015 dan sejak itu, dia telah melakukan 413 penampilan buat kelab itu dalam semua pertandingan.

Dia merupakan sebahagian pemain yang membantu Pep Guardiola meraih kejuaraan 'treble' musim 2022-23 dan telah memenangi 16 trofi bersama The Citizens, termasuk enam gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), satu kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), dua Piala FA dan lima Piala Liga Inggeris (EFL).

De Bruyne juga menjaringkan 106 gol buat City dalam semua pertandingan dan menghasilkan 169 bantuan jaringan. Dia mendaftarkan 118 gol dalam EPL dan menjadi pemain tercepat mencecah 100 gol dalam kejohanan itu pada April 2023, hanya dalam 237 perlawanan.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video