EPL

EPL: Kesilapan sebahagian daripada bola sepak -- Pengurus Chelsea

Hanis Natasya 04/02/2025 | 05:41 MYT
Ketua jurulatih Chelsea, Enzo Maresca, menegaskan bahawa dia "tidak bimbang" dengan kesilapan yang dilakukan pasukannya yang selepas Chelsea terpaksa bekerja keras untuk bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan West Ham 2-1, awal pagi tadi.
Levi Colwill melakukan hantaran ke belakang secara tidak sengaja yang membolehkan Jorrod Bowen membuka jaringan awal untuk pasukan pelawat pada minit ke-42.
Begitupun, Pedro Neto menyamakan kedudukan sebelum jaringan sendiri Aaron Wan-Bissaka memastikan tiga mata penuh buat Chelsea, sekali gus melonjakkan mereka ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL).
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Setakat musim ini, hanya Southampton (17) dan Aston Villa (11) yang mencatat lebih banyak kesilapan membawa kepada jaringan gol berganding Chelsea (10).
Kemenangan ini juga menamatkan rekod tanpa kemenangan Chelsea dalam perlawanan EPL di Stamford Bridge selepas ketinggalan pada separuh masa pertama sejak tahun 2013.
"Kami mencipta banyak peluang dan jelas layak menang.
"Saya tidak bimbang dengan kesilapan kerana itu sebahagian daripada bola sepak.
"Yang penting adalah terus maju." kata Maresca.
#bola sepak #Chelsea #EPL
;