Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Kecederaan James Maddison tampak serius

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

james-madison.jpg
Thomas Frank mendedahkan bahawa James Maddison telah mengalami kecederaan yang teruk selepas pemain itu terpaksa diusung keluar dalam perlawanan persahabatan pramusim menentang Newcastle, malam tadi.

Brennan Johnson telah memberikan Spurs gol pendahuluan pada minit keempat, tetapi Harvey Barnes kembali mengimbangi kedudukan sebelum rehat dengan kedua-dua kelab gagal mencari jaringan pemisah dalam perlawanan terakhir Son Heung-min bersama kelab itu.

Dan pada minit ke-83, Maddison kelihatan seperti tercedera lutut dalam usahanya melakukan terjahan dan terhincut-hincut selepas itu sambil memberi isyarat ke bangku simpanan.

Dia dikeluarkan tidak lama kemudian dan dalam keraguan serius untuk pertembungan menentang Paris Saint-Germain (PSG) dalam Piala Super yang berlangsung pada 13 Ogos depan selain permulaan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL). 

Maddison terlepas saingan penghujung musim lalu termasuk final Liga Europa akibat kecederaan lutut, lantas Frank berkata pemain berusia 28 tahun itu nampaknya mengalami masalah yang sama.

"Kadang-kadang dalam kehidupan dan bola sepak, perkara boleh menjadi indah dan kejam," katanya. 




"Itulah yang kami dapat hari ini. Nampaknya dengan Madders mengalami kecederaan teruk selain adegan sambutan perpisahan untuk Son daripada rakan sepasukannya, malah menerima penghormatan daripada pemain Newcastle.

"Kami agak pasti ia adalah bahagian lutut yang sama yang dia tercedera sebelum ini."

Advertisement

Must Watch Video