Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Kante, James dijangka kembali perkuat Chelsea hadapi Aston Villa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

reece-james.jpg
Chelsea mendapat lonjakan apabila pengurusnya, Graham Potter, bersedia untuk kembali menurunkan Reece James dan N'Golo Kante menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Aston Villa awal pagi esok.

Selapas beraksi selama enam minit terakhir bersama England ketika menewaskan Itali 2-1 dalam perlawanan pusingan kelayakan Euro 2024 minggu lalu, James mengalami sedikit kecederaan tetapi sudah mula menjalani latihan penuh bersama Chelsea itu.

Kante pula tidak pernah beraksi sejak Ogos lalu selepas dia mengalami kecederaan paha yang memerlukan pembedahan tetapi berada dalam keadaan terbaik untuk diturunkan menentang Villa memandangkan dia sudah mula beraksi dalam perlawanan persahabatan tertutup sepanjang waktu rehat antarabangsa lalu.

"Reece sudah menyertai dua sesi latihan terakhir bersama kami, jadi memandangkan dia tidak mengalami sebarang kesakitan, dia boleh diturunkan," kata Potter dalam sidang media sebelum perlawanan.

"N'Golo pula sudah boleh beraksi di atas padang, sudah mula mendapatkan minit permainan, jadi ia sesuatu yang bagus buatnya.

"Kami perlu mengadakan perlawanan itu kerana duia sudah lama tidak beraksi dan saya agak yakin dia akan kembali diturunkan di atas lapangan tidak lama lagi," katanya.

Potter, bagaimanapun, mengesahkan masih terlalu awal untuk tiga pertahannya, Thiago Silva, Cesar Azpilicueta dan Wesley Fofana, untuk kembali beraksi sambil Raheem Sterling juga akan terlepas perlawanan itu.

"Silva dan Azpilicueta masih belum pulih. Rahim dan Fofana sudah semakin baik tetapi akan terlepas perlawanan ini. Mereka memiliki peluang lebih besar untuk diturunkan pada Selasa ini (menentang Liverpool)," tambahnya.
   

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video