EPL: Kami akan cuba untuk menang -- Kata jurulatih Manchester United

Saufi Tahir
Disember 23, 2024 09:18 MYT
Pengendali Manchester United, Ruben Amorim, menggesa pasukannya untuk kekal fokus dan segera melupakan kekalahan 0-3 kepada Bournemouth di Old Trafford, awal pagi tadi.
Kekalahan itu meletakkan The Red Devils di kelompok bawah dalam carta Liga Perdana Inggeris (EPL) 2024/25 menjelang Krismas buat kali pertama sejak kempen 1989/9.
Bekas jurulatih Sporting CP itu berhasrat untuk mengubah keadaan dengan menggesa United untuk mengabaikan kekecewaan di laman sendiri itu.

Defeat.#MUFC || #MUNBOU

— Manchester United (@ManUtd) December 22, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya sentiasa menjangkakan tugasan ini akan menjadi sukar. Kami bersedia untuk menghadapi cabaran ini. Kami akan berjuang dalam perlawanan seterusnya.
"Perlawanan ini sukar untuk kami. Kami menderita sekali sekali lagi menerusi situasi bola mati. Jika anda melihat perlawanan, kami tidak melepaskan apa-apa sebelum jaringan pertama, kami mempunyai peluang.
"Jika kami berjaya menjaringkan gol mungkin permainan akan berbeza, kami mahu jaringkan gol tetapi kami terlalu gementar. Selepas penalti, kami mengawal permainan dengan lebih baik kerana kami tahu situasi ini sukar dan kami perlu mengawal dengan lebih baik.

4 - Only Southampton (5) have conceded 3+ goals in a Premier League home game more times than Manchester United (4) this season. Erratic. pic.twitter.com/mfhKwIJCYs

— OptaJoe (@OptaJoe) December 22, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami perlu fokus pada tugasan dan bukan apa yang anda rasakan ketika di stadium. Ini satu-satunya cara yang saya tahu untuk memberikan tumpuan kepada pemain saya.
"Kami akan cuba untuk menang. Kami akan melakukan sehingga penghujungnya" katanya.
#bola sepak #Manchester United #Ruben Amorim
;