EPL: Kami akan cari jalan -- Kata Pep Guardiola
Saufi Tahir
Disember 24, 2024 09:02 MYT
Disember 24, 2024 09:02 MYT
Pengendali Manchester City, Pep Guardiola, menjelaskan The Citizens akan mencari jalan keluar untuk kembali melakar kemenangan serta menamatkan kemerosotan prestasi pasukannya itu menjelang perlawanan berdepan Everton, Khamis ini.
Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) empat kali berturut-turut itu hanya memenangi satu perlawanan daripada 12 aksi terakhirnya dalam semua pertandingan dengan kini ketinggalkan 12 mata di belakang pendahulu liga, Liverpool.
Malah, sejak November lalu, City hanya mengutip empat mata sahaja dalam saingan EPL dan merupakan jumlah paling sedikit daripada mana-mana pasukan yang beraksi di liga utama.
Your Monday Marker for the week ahead ⤵️
— Manchester City (@ManCity) December 23, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Guardiola sudah mengenepikan pasukannya daripada perebutan gelaran kejuaraan EPL musim ini tetapi dia komited untuk menghentikan kemerosotan pasukannya selepas jatuh ke tangga ketujuh dalam carta liga ketika ini.
"Saya belajar, mereka belajar. Kami memikirkan mengenai aksi berdepan Everton nanti dan tidak boleh lebih lama daripada itu. Anda kalah satu lagi perlawanan dan anda perlu memikirkan apa yang perlu dilakukan dalam aksi seterusnya, untuk menang.
"Pasukan ini konsisten untuk sekian lama, kami memecahkan semua rekod. Kini kami beradai di tahap yang lain, itukah kebenarannya, kami perlu mencari jalan.
Thanks for your support ? pic.twitter.com/CTfWIMC027
— Manchester City (@ManCity) December 21, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya tidak tahu apa kesudahannya, tetapi kehidupan memberikan anda cabaran itu dan anda perlu hadapi, saya akan uruskan semampu saya." katanya.