Skip to main content

Bola Sepak

EPL: 'Kalau nak ubah falsafah, sila tukar jurulatih baru!' -- Ruben Amorim

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

amorim.jpg
Pengendali Manchester United, Ruben Amorim, bertegas tidak akan mengubah sistem formasi 3-4-3, walaupun pasukannya tumbang 0-3 di tangan Manchester City.

Dengan hanya empat mata daripada empat perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), The Red Devils kini mencatat permulaan terburuk liga sejak era Sir Alex Ferguson pada 1992/93. 

Lebih mengejutkan, statistik Opta mendedahkan Man Utd kini lebih berisiko tersingkir (11 peratus) berbanding peluang menamatkan musim dalam kelompok lima teratas (7.3%).

 

Legenda kelab, Roy Keane, turut mengkritik prestasi semasa: “United kurang kualiti sebenar. Lihat sahaja keputusan, mata, jaringan dan bolos. Semuanya tidak meyakinkan.”

Namun Amorim tetap berpegang teguh pada falsafahnya:

“Saya faham rekod ini tak sepatutnya dimiliki Manchester United. Tapi saya takkan berubah. 

Bila tiba masanya saya nak ubah, saya sendiri akan ubah. Kalau tidak, awak kena tukar orangnya.”

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video